Followers

Thursday, March 3, 2011

Dapat hadiah birthday

Dah sebulan berlalu.. baru teringat nak citer pasal hadiah birthday Darin... anyway thanks to mama triple 'H' sebab tetiap tahun Darin mesti dapat hadiah awal.. means.. pepagi hari lagik dah dapat hadiah... kebetulan birthday Darin memang pada hari cuti..
Tengok dia punya senyum menyeringai sampai kat telinga.. Darin memang macam tu.. masa Haziq nak bagi hadih tu sikit punya malu nak amik, siap suruh mummy dia pulak yang amik from Haziq.. nak cakap thank you pun susah.. ada emas ke lam mukut anak mummy ni.... tapi bila dah dapat sengih - sengih... Apa - apa pun thanks sekali lagi kat mama triple 'H'









Darin pun dah tak sabar nak bukak hadiah tu.. masa nak mintak dia posing untuk snap gambar ni, sikit punya susah... Darin ni memang susah sikit nak bergambar/. ini pun kira yang paling ok dari bebanyak gambar yang diambil... habis je snap terus rabak dah wrapper tu dia kerjakan....


Ada celebrate birthday Darin ke?? hhhmm tak fikir lagik... kalau ada nanti adalah yek....

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...