Dah masuk bulan Disember.. adalah boleh Special bagi saya.. lagik 10 hari umur saya bertambah lagik 1 nombor... Sempena bulan Hari Jadi, saya berbesar hati nak adakan contest untuk readers... (ada ke yek???)
syarat - syarat nak join contest ni tak susah pun.... thanks to blogger lain yang bagi cadangan/pendapat/idea untuk buat contest ni.... Ok..ini syarat - syarat dia yek:
Apa Dia?
I LOVE MY DAY Contest by MummyDarin
Bila?
Berkuatkuasa di saat anda baca blog ini sehingga 31 Disember 2010 11:59PM
Siapa Boleh Join?
Terbuka kepada semua blogger di luar sana..
Macam Mana Nak Sertai Contest ni?
- Copy Paste banner kat atas ni di sidebar blog korang dan link kan ke entri ini
- Buat 1 sahaja entry khas tentang contest ni dengan tajuk "I LOVE MY DAY" dan link kan ke entri ni.
- Lepas tu, tampalkan 1 gambar hari jadi terindah blogger (means, isteri/suami/anak/etc kepada bloggers tak boleh, kena blogger tu sendiri..) kat dalam blog ni. Tak kisah gambar tahun berapa pun ya... KENAPA mesti gambar blogger? sebab title pun dah cakap 'I LOVE MY DAY'.. inipun kira reward untuk diri sendiri jugak...
- Sila letak Nama Glamour korang, Tarikh Hari Jadi ( takde tahun pun takpe), dan cerita sikit pasal gambar yang korang letakkan tadik...
- Ok.. dah siap semua, tinggalkan link untuk entry you all, komen, serta e-mail address kat entry contest ini.
Pemenang Dapat Apa Yek?
Ok, untuk contest yang pertama ni.. 3 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan gambar yang unik/ceria dan jugak entry yang kreatif.... Hadiah untuk kali ini adalah sesuatu yang istimewa diterbangkan jauh dari Europe dan jugak ada "mystery gift" yang hanya diketahui selepas pemenang diumumkan...
So pada semua.. silalah join entry ni yek..
dan thanks sesangat bila korang sudi join contest ni..
saya terharu...