Followers

Wednesday, November 25, 2009

sejarah betul - part 3

sampai je kat SMC, amik form kat security terus naik bilik..
sampai bilik je makanan memang dah ada.. so makan dulu.. aku dah bayar, walaupun Insurans yang bayar, kira duit aku jugaklah tu.. menu, nurse dah tentukan siap - siap, x boleh nak pilih dah macam dulu.. so menu aku yang lembut, yang sejuk.. so memang bubur, ice-cream, air pun air sejuk.. buah pun tak dok..


settle makan, lepak atas katil sementara tunggu nurse datang.. so layan TV jelah dulu... huh, bosan suk spital nih..

dalam 1 jam lebih tu adalah nurse masuk, dia pun siap sedia nak cucuk jarum kat tangan, coz nak masukkan antibiotik tu bila tiba waktunya.. cubaan pertama tu gagal tau, so cacatlah tangan aku sebelah tangan, tp syukur jugak x jadik cucuk belah kanan, kan susah aku nak wat benda, sebab aku bukannya kidal.. nurse ckp, memula dah jumpa urat, tapi bila nak masukkan ubat tu, dia kata macam splash, and tangan cam bengkak, so dia tunggu nurse lagik sorang tu untuk cucuk pulak.. so menunggulah aku lagik..

cubaan pertama yang gagal
dalam kul 4 lebih, ada nurse lain datang, dia try tangan kiri and kali ni berjaya.. so masuklah ubat tu, sakit rupanya ye.. cemanalah kalau budak kecik yg kena camtu, coz masa Darin kena masuk wad dulu, ada 2 org budak and salah sorang tu sebaya darin, kat tangan dia pun ada cucuk jarum tau, lama pulak tu kat dalam spital...


so lepas settle je semua.. aku pun rehat jelah... menu petang cuma jeli, ice-cream dan air milo.. x kisahlah apa pun.. aku makan je.... lepas masuk ubat rasa ngantuk coz at the same time makan ubat batuk jugak... so tido jelah aku.. petang tu hujan sangat lebat jugak.. tapi sib baik dalam pukul 5 camtuh... dah berenti dah.. so bolehlah husband aku amik Darin... aku suh dia balik rumah dulu.. siapkan apa - apa yang patut and then baru datang spital balik.... nanti takdelah kelam kabut sangat.. at the same time MIL aku dtg dr kampung.. so mmg confirmlah hubby aku tido rumah..


malam tuh... hubby aku datang sebelum maghrib dengan anak dara aku, dia nampak aku atas katil sambil tangan kena cucuk, dia tanya macam - macam.. kelakar pulak aku tengok, tetiba nak manja terlebih plak ngan aku, kesian hubby aku kena handle dia.. untuk elakkan dia naik katil, hubby aku pasang CD barney dia... then aku pun terlelap kejap..


sedar - sedar kakak aku sampai dengan anak dia.. dia kata aidid kena tahan coz guard tak bg naik, baru je hubby aku nak turun, sekali nampak BIL aku naik ngan Aidid.. lepas jugak.. then lepas tu BIL (husband SIL aku) naik sorang jugak, pun kes x lepas, so husband aku naik jemput dia orang... and last sekali lagik best, abang aku sorang je lepas naik, dia lagiklah ramai coz anak dia 4 org, so memang husband aku kena turun rescue.. he..he.. sebab waktu melawat 4pm - 8pm, tu pasal guard tak bagi.. tp sib baik bilik aku tu bilik single, jadik takdelah ganggu pesakit lain sgt... dalam pukul 10 camtuh dia org balik.. thanks sebab sudi melawat adikmu yg sakit ntah hapo - hapo nih....


selesai dia org balik, hubby aku pun siap-siap nak balik.. walaupun dia ada ckp, sapa nak temankan aku, dia nak temankan aku, Darin bukannya nak tido ngan sesapa kat umah.. so aku ckp, takpe, aku boleh tido sorang lagi pun nurse ada.. then husband aku make sure hp dekat, air dekat and butang tekan nak panggil nurse pun dekat.. and aku pun siap -siap nak tido..

tak lama lepas tu dgr mcm suara someone, sekali nampak anak aku masuk.. aik pelik plak aku
"dah sampai bawah dah, tetiba ckp, mana mummy, knp mummy tak balik.. nak mummy, nak mummy".. teruslah naik balik.. sib baik hubby aku pun mmg dah siapkan semua brg dia.. so apa lagik, mintak katil extra dengan nurse.. tidolah kami 3 beranak kat spital... he..he...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...